Pada 16 Februari ini saya telah dijemput untuk memberi beberapa pelajaran kepada sekumpulan pemimpin ISCF dari 2 buah sekolah menengah di Kuching. Saya mengajar mereka mengenai "Identiti anda sebagai pemimpin" dan "5 Fungsi dan Kebolehan seorang pemimpin". Klimaks sesi-sesi ini adalah apabila pelajar-pelajar yang hadir diberi peluang mencuci kaki satu sama lain sebagai satu cara merendahkan diri. Satu pengalaman baru yang telah mencabar ramai yang hadir. Sesungguhnya merendahkan diri menghasilkan pemimpin yang hebat!
Laman ini menyajikan artikel-artikel Kristian yang mengandungi ajaran-ajaran Alkitabiah tentang pelbagai aspek kehidupan Kristian. Ianya juga mengongsikan pelayanan dan pendapat peribadi Pastor Peter de Run, seorang guru Alkitab yang melayani di Kuching, Sarawak. Komen dan pendapat anda dialu-alukan.
Selasa, 19 Februari 2008
Kem Pemimpin ISCF
Pada 16 Februari ini saya telah dijemput untuk memberi beberapa pelajaran kepada sekumpulan pemimpin ISCF dari 2 buah sekolah menengah di Kuching. Saya mengajar mereka mengenai "Identiti anda sebagai pemimpin" dan "5 Fungsi dan Kebolehan seorang pemimpin". Klimaks sesi-sesi ini adalah apabila pelajar-pelajar yang hadir diberi peluang mencuci kaki satu sama lain sebagai satu cara merendahkan diri. Satu pengalaman baru yang telah mencabar ramai yang hadir. Sesungguhnya merendahkan diri menghasilkan pemimpin yang hebat!
Jumaat, 15 Februari 2008
Perlindungan Daripada Tulah
Ketika umat Israel masih dalam perhambaan di Mesir, mereka berseru kepada Allah untuk dibebaskan. Tuhan mendengar suara mereka lalu mengangkat Musa sebagai wakilNya. Musa telah pergi ke Firaun lalu berkata bahawa dia telah diutus Allah, yang mahukan umatNya dibebaskan. Tetapi Firaun menolak. Pada hari itu juga Allah mengubahkan Sungai Nil menjadi darah, tetapi Firaun masih tidak mahu mendengar kata-kata Musa. Kemudian Tuhan mengirimkan tulah katak, nyamuk, lalat, penyakit sampar pada ternak, barah, hujan air batu, belalang dan kegelapan di seluruh negeri Mesir. Firaun tetap menolak permintaan Allah.
Akhirnya Allah memberitahu Musa untuk mengisytiharkan kepada Firaun mengenai satu lagi tulah. Inilah yang dikatakan Allah melalui Musa, sepertimana yang dicatat di dalam buku Keluaran bab 11 ayat 4 dan 5.

Aku akan berjalan dari tengah-tengah Mesir. Maka tiap-tiap anak sulung di tanah Mesir akan mati, dari anak sulung Firaun yang duduk di takhtanya sampai kepada anak sulung budak perempuan yang menghadapi batu kilangan.
Sekali lagi, Firaun menahan umat Allah untuk pergi dari Mesir. Allah memberitahu Musa bahawa waktunya telah tiba untuk pembebasan umat Israel. Peristiwa ini merupakan satu peristiwa yang sungguh penting bagi semua orang Israel, sehinggalah hari ini. Tuhan bersabda kepada umatNya, dalam buku Keluaran bab 12 ayat 2, demikian
Bulan inilah akan menjadi permulaan segala bulan bagimu; itu akan menjadi bulan pertama bagimu tiap-tiap tahun.
Kemudian Tuhan memberitahu Musa caranya umat Israel dapat membebaskan diri mereka daripada terkena tulah kematian anak sulung. Dalam buku Keluaran bab 12, dari ayat 3 hingga ayat 11, terdapat arahan-arahan yang khusus dari Tuhan mengenai apa yang harus mereka lakukan supaya selamat.
Tuhan menyuruh setiap keluarga untuk memilih seekor anak domba jantan yang tidak cacat. Mereka diperlukan menyimpan anak domba itu selama empat hari. Kemudian kepala rumahtangga itu harus menyembelih anak domba itu pada petang hari tanggal empat belas bulan itu. Darah anak domba itu pula dipercikkan pada kedua tiang pintu dan pada ambang pintu atas. Allah menyuruh umatNya menyiapkan diri dan melakukan upacara korban itu kerana Dia akan membunuh semua anak sulung di Mesir dan menjatuhkan hukuman atas semua allah di Mesir.
Setelah menyatakan semua itu, Allah memberikan satu janji indah kepada umatNya. Dia berkata,
Dan darah itu menjadi tanda bagimu pada rumah-umah di mana kamu tinggal: Apabila Aku melihat darah itu, maka Aku akan lewat daripada kamu. Jadi tidak akan ada tulah kemusnahan di tengah-tengah kamu, apabila Aku menghukum tanah Mesir.
Inilah janji Allah kepada umatnya yang boleh kita temui di dalam buku Keluaran bab 12 ayat 13. Pada tengah malam, hari Paskah yang pertama itu, anak sulung dalam setiap rumahtangga Mesir mati. Ratapan kesedihan kedengaran di seluruh negeri Mesir. Tetapi, di rumah-rumah orang Israel, hanya suara pujian dan kesyukuran kedengaran kerana tidak ada kematian di antara mereka. Allah telah menggenapi janjiNya. Dia telah melewati setiap rumah yang telah dipercikkan dengan darah anak domba yang telah dikorbankan.
Paskah yang pertama itu merupakan bayangan bagi hal yang akan datang pada suatu hari kelak di bukit Golgota. Di Golgota, anak domba Paskah kita juga telah disembelih, iaitu Yesus. Di sana kita telah ditebus dengan darah yang mahal, iaitu darah Yesus yang sama seperti darah anak domba yang tidak bernoda dan yang tidak bercacat.
Mengapakah Tuhan memberitahu umat Israel untuk mengambil seekor anak domba untuk setiap rumahtangga? Saya yakin alasannya ialah bahawa berkat-berkat dari perjanjian Allah dapat merangkumi keselamatan seluruh keluarga. Walaupun nabi Nuh adalah satu-satunya orang saleh yang Allah temukan, Dia memberitahu Nuh bahawa seluruh rumahtangganya akan mendapat perlindungan sebagai akibat perbuatannya. Berabad-abad kemudian, ketua penjara di Filipi bertanya kepada Paulus dan Silas mengenai apa yang perlu dia lakukan supaya dia selamat. Jawab mereka
Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan engkau akan selamat, engkau dan seisi rumahmu.
Dari ayat ini, yang diambil dari buku Kisah Para Rasul bab 16 ayat 31, dan contoh-contoh lain yang telah dikongsikan, saya yakin bahawa Tuhan menempatkan anugerah dan perlindunganNya dalam keluarga-keluarga yang mempunyai orang Kristian sebagai anggotanya. Jika kita telah memasuki kerajaan Allah, keluarga kita juga secara langsung akan mengalami berkat dan perlindungan Allah. Ini tidak bermaksud mereka telah diselamatkan dari hukuman dosa tetapi mereka juga menumpang berkat yang dicurahkan Allah atas kita. Semoga ini akan terus menggalakkan kita untuk percaya dalam Yesus dan membawa berkat-berkat Allah ke dalam keluarga kita masing-masing.
Rabu, 13 Februari 2008
Kuasa Darah Dan Doa
Firman Allah itu diperlukan untuk mendatangkan pengetahuan dan menimbulkan iman kepada Allah. Kita perlu memperolehi pengetahuan yang terbanyak dari Firman Allah. Kita mesti ingat bahawa Firman Allah dan darah Yesus bekerjasama - Firman menyatakan dan darah melakukan. Si jahat mungkin memerangi kita pada setiap kesempatan, tetapi bila kita menerapkan kuasa darah Yesus, maka kuasa Allah akan digerakkan.
Seorang gembala pernah bersaksi mengenai apa yang terjadi setiap kali dia berkhutbah mengenai darah Yesus. Katanya,
Setiap kali saya berkhutbah mengenai darah Yesus, tiga hal terjadi. Pertama, iblis selalu berusaha untuk mengalihkan perhatian saya supaya saya tidak dapat menyiapkan diri bagi topik itu. Kedua, dia berusaha sedapat-dapatnya untuk mengganggu kebaktian itu. Akhirnya, hadirat Allah yang luarbiasa biasanya menyertai penyampaian khutbah itu dan ramai yang menerima Yesus sebagai Juruselamat mereka.
Sedihnya, ada sebilangan gembala yang tidak pernah menyampaikan satu khutbah pun mengenai darah Yesus dan dengan itu kehilangan berkat yang besar bagi sidang mereka. Begitu juga keadaannya dengan sebahagian orang Kristian yang jarang mengucapkan kata 'darah Yesus' sejak pertaubatan mereka. Topik darah Yesus ini agaknya sudah terhapus sama sekali dari ingatan mereka.
Walaupun begitu, kita harus sedar bahawa Allah secara khusus telah memerintahkan umat Israel untuk memperingati hari Paskah. Apabila Yesus meraikan Paskah dan memperkenalkan apa yang kita panggil Jamuan Suci pada hari ini, Dia juga memberi perintah yang sama. Di dalam surat 1 Korintus 11:23-26, Rasul Paulus menerangkan kepada kita apa yang telah dikatakan Yesus. Katanya,

Sebab apa yang telah ku teruskan kepadamu, telah aku terima dari Tuhan, iaitu bahawa Tuhan Yesus, pada malam waktu Ia diserahkan, mengambil roti dan sesudah itu Ia mengucap syukur atasnya; Ia memecah-mecahkannya dan berkata: "Inilah tubuhKu yang diserahkan bagi kamu; perbuatlah ini menjadi peringatan akan Aku!" Demikian juga Ia mengambil cawan, sesudah makan lalu berkata:"Cawan ini adalah perjanjian baru yang dimeteraikan oleh darahKu; perbuatlah ini, setiap kali kamu meminumnya, menjadi peringatan akan Aku!" Sebab setiap kali kamu makan roti ini dan minum cawan ini, kamu memberitakan kematian Tuhan sampai Ia datang.
Sesungguhnya, pengisytiharan tumpahan darah Yesus dan kuasanya bagi kita harus dilakukan sehingga Yesus kembali. Ianya harus dilakukan selalu supaya kita tidak lupa mengatakan hal darah Yesus serta meraihkan berkat-berkatnya.
Tuhan tidak pernah mengubahkan niatnya tentang perjanjian darah dengan umatNya. Perjanjian darah Allah dengan umatnya tidak terbatas pada masa penggembaraan umat Israel di padang gurun semasa menuju ke Tanah Perjanjian. Perintah untuk memperingati hari Paskah tetap laku sesudah mereka sampai di tanah perjanjian. Inilah yang dikatakan nabi Musa kepada umat Israel di dalam buku Keluaran 12:25,
Dan apabila kamu tiba di negeri yang akan diberikan Tuhan kepadamu, seperti yang difirmankanNya, maka kamu harus pelihara ibadah ini.
Sebenarnya, lebih banyak lagi yang harus kita ingat sebagai orang Kristian pada masa kini. Kita harus ingat bahawa Allah telah menggantikan darah domba dan kambing dengan korban yang sempurna, iatu Yesus. Kita harus memperingati perjanjian Allah dengan kita melalui darah Yesus sampai selama-lamanya.
Kita juga harus sering memohon kepada Allah untuk menudungi kita dengan darah Yesus. Darah Yesus telah ditumpahkan untuk kita. Jika darah seekor binatang dapat melindungi sebuah keluarga pada waktu nabi Musa, betapa lebih lagi kesanggupan darah Yesus untuk melindungi kita sekarang. Roh-roh jahat mengenal kuasa darah Yesus. Jadi jika roh-roh jahat mengenalnya, maka kita harus lebih mengenalnya.
Saya yakin bahawa bila kita memohon Allah untuk menudungi kita dengan darah Yesus, maka Dia menghormati hal itu. Ini adalah kerana hal ini melambangkan nama Yesus dan erti nama itu, iaitu Juruselamat.
Kuasa menyelamat ada di dalam Yesus dan kita mempunyai satu jalan masuk ke dalam keselamatan itu, iaitu melalui doa. Segala sesuatu dapat terjadi melalui doa. Semoga kita juga akan belajar mengalami kuasa darah Yesus melalui doa dan dengan itu tetap hidup dalam keselamatan yang benar.
Selasa, 12 Februari 2008
Dibeli Untuk Dimerdekakan
Pada tahun-tahun ketika perhambaan masih belum dilarang di Amerika Syarikat, seorang pemuda kebetulan ada di suatu tempat penawaran dan penjualan hamba. Tempat itu terletak di tepi sebuah jalan yang di lalui ramai orang. Pemuda itu berhenti untuk mengamati kegiatan jual-beli itu. Dia memperhatikan hamba-hamba itu diikat dengan tali seolah-olah mereka itu binatang saja. Di hadapan orang ramai, mereka dilelong seorang demi seorang. Sebahagian dari penonton memeriksa "barang dagangan" belian mereka tanpa rasa hormat atau malu.
Pemuda itu memperhatikan kelompok hamba yang sedang menunggu dekatnya. Dia berhenti sejenak ketika melihat seorang gadis yang sedang berdiri di belakang mereka. Matanya penuh dengan ketakutan. Pemuda itu ragu-ragu untuk sesaat dan kemudian menghilang diri untuk beberapa minit. Ketika dia kembali, juru lelong baru sahaja memulakan penawaran untuk gadis yang diperhatikannya sebelumnya.
Setiap kali juru lelong membuka penawaran, pemuda itu membuat tawaran dua kali lipat dari harga penjualan pada hari itu. Suasana hening sejenak dan kemudian terdengar juru lelong berkata, "Dijual kepada tuan itu".
Pemuda itu tampil ke depan melalui orang ramai yang berkerumun itu. Dia menunggu sementara gadis itu dihantar kepada dia. Tali yang mengikat dirinya diserahkan kepada pemuda itu yang segera menyambutnya tanpa berkata apa-apa.
Gadis itu menatap ke tanah. Tiba-tiba dia mengangkat kepalanya dan meludah ke wajah pemuda itu. Dengan tenang pemuda itu mengambil sapu tangan dan menyapu ludah itu dari mukanya. Dia tersenyum lembut kepada gadis itu lalu berkata, "Ikutlah aku."
Gadis itu mengikut dengan keengganan dalam hatinya.
Ketika mereka sampai di tepi kerumunan orang ramai, pemuda itu terus menuju ke tempat di mana setiap penjualan disahkan dari segi undang-undang. Ini perlu kerana apabila seorang hamba dimerdekakan, dokumen rasmi itu diperlukan. Pemuda itu membayar harga pembelian dan menandatangani dokumen yang diperlukan. Setelah hal itu selesai. dia kembali berjumpa dengan gadis itu. Dia menyerahkan dokumen itu kepadanya. Dengan rasa terkejut, gadis itu memandang pemuda itu dengan perasaan yang tidak menentu. Dia bertanya, "Apakah yang sedang kamu lakukan?"
Pemuda itu memandang wajah gadis itu lalu berkata, "Ini, ambillah dokumen ini. Saya membelimu untuk memerdekakanmu. Selama kamu memiliki dokumen ini, tidak ada seorang pun yang boleh menjadikan kamu hamba lagi."
Gadis itu menatap wajahnya. Perlahan-lahan dia berkata, "Kamu membeli saya untuk memerdekakan saya?"
Gadis itu terus mengulangi soalan itu sehingga makna peristiwa itu menjadi semakin jelas bagi dirinya. Sementara dia mula memahami erti dokumen yang ada ditangannya gadis itu berlutut dan menangis di kaki pemuda itu. Dengan air mata sukacita dan rasa terima kasih, dia berkata, "Kamu membeli saya untuk memerdekakan saya. Saya akan melayani kamu selama-lamanya."
Kita semua pernah terbelenggu dalam perhambaan terhadap dosa. Tetapi Tuhan Yesus telah membayar bayarannya untuk memerdekakan kita. Ini Dia lakukan ketika Dia mencurahkan darahNya di Golgota. Itulah yang disebut Alkitab sebagai penebusan. Marilah kita lihat bersama hal ini di dalam surat Efesus pasal 1 ayat 7, yang berbunyi demikian:

Sebab di dalam Dia dan oleh darahNya kita beroleh penebusan iaitu pengampunan dosa menurut kekayaan kasih kurniaNya.
Penebusan kitalah yang dimaksudkan apabila Rasul Paulus menulis di dalam surat 1 Korintus 6:20 kata-kata berikut:
Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Kerana itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu dan rohmu yang menjadi milik Allah.
Darah Yesus telah dicurahkan. Itu bukan satu kecelakaan. Tuhan memilih untuk mati menggantikan kita. Dia mencurahkan darahNya yang berharga itu untuk kepentingan kita. Pernah Yesus bersabda tentang diriNya:
Anak Manusia datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawaNya menjadi tebusan bagi ramai orang. (Matius 20:28)
Bila kita telah ditebus oleh darah Yesus, maka kita akan dapat berkata kata-kata ini, dipetik dari surat Galatia 2:19 dan 20:
Aku telah disalibkan dengan Kristus, namun aku hidup, tetapi bukan lagi aku sendiri yang hidup, melainkan Kristus yang hidup di dalam aku. Dan hidupku yang kuhidupi sekarang di dalam daging, adalah hidup oleh iman dalam Anak Allah yang mengasihi aku dan menyerahkan diriNya untuk Aku.
Semoga kita semua yang sedang mendengar mesej itu sudah mengalami penebusan Allah. Jika belum, datanglah kepada Yesus dan dengan penuh kasih kurnia, Dia akan menyelamatkan kita juga.
Selasa, 5 Februari 2008
Berani Kerana Darah Yesus
Anda mungkin sudah mengetahui bahawa Kristus ialah pengantara kita, antara manusia dan Allah. Tuhan Yesus juga berperanan sebagai pembela kita, yang memohon dan membela perkara kita di hadapan Bapa. Itulah yang dinyatakan di dalam surat 1 Yohanes 2:1.
Anak-anakku, hal-hal ini kutulis kepadamu, supaya kamu jangan berdosa. Dan jika seseorang berbuat dosa, maka kita mempuyai seorang Pembela pada Bapa iaitu Yesus Kristus yang adil.
Yesus tidak membela perkara orang berdosa. Hanyalah ketika darah Yesus dibubuhkan pada hati kita, barulah Tuhan Yesus dapat menjadi pembela kita. Yesus pada hari ini duduk di sebelah kanan Bapa di syurga. Kerana itu kita dapat masuk dengan berani ke ruang takhta Allah dalam doa. Surat Ibrani 10:19-22 mengandungi kata-kata ini:
Jadi, saudara-saudara, oleh darah Yesus kita sekarang penuhkeberanian dapat masuk ke dalam tempat kudus, kerana Ia telah membuka jalan yang baru dan hidup bagi kita lalui, yaitu diriNya sendiri, dan kita mempunyai seorang Imam Besar sebagai kepala Rumah Allah. Kerana itu marilah kita menghadap Allah dengan hati yang tulus ikhlas dan keyakinan iman yang teguh, nurani yang jahat dan tubuh kita telah dibasuh dengan air yang murni.
Keberanian kita untuk masuk hanyalah timbul akibat pengorbanan Kristus dan bukan kerana alasan lain. Jika kita masih berada dalam dosa kita, maka tidak ada keberanian apa pun yang dapat membuka gerbang syurga. Pada saat kita berucap, "Aku datang dengan darah Yesus" kita diterima untuk masuk ke dalam hadirat Allah.
Jika kita berhasrat untuk mengalami kuasa penebusan yang diselesaikan oleh Yesus, perhatikanlah hal-hal yang dijelaskan oleh Ibrani 10:19-20 yang ditulid diatas. Perhatikanlah apa yang dinyatakan tentang tempat mahakudus, yang sekarang terbuka bagi kita. Ayat-ayat ini menyebutkan bahawa Allah telah menyediakan empat hal bagi kita.
Pertama, tempat Mahakudus iaitu tempat di mana Allah tinggal atau berdiam. Kedua, darah Yesus. Ketiga, jalan yang baru dan hidup dan keempat, imam besar bagi kita, Yesus Kristus.
Oleh kerana penyediaan Allah ini, kita dapat menghampiri taktha Allah dengan hati yang tulus ikhlas, keyakinan iman yang teguh, hati yang dibersihkan dari nurani yang jahat dan tubuh yang dibasuh dengan air murni
Darah Kristus yang tercurah telah menyingkirkan rasa takut untuk mendekati Tuhan. Firman Allah di dalam Ibrani 4:16 menyatakan,
Sebab itu marilah kita dengan penuh keberanian menghampiri takhta kasih karunia, supaya kita menerima rahmat dan menemukan kasih karunia untuk mendapatkan pertolongan kita pada waktunya.
Darah Kristus yang tercurah memberikan kepada kita keyakinan bukan hanya untuk menghampiri takhtaNya, melainkan juga untuk menjangkau orang-orang yang terhilang.
Setelah Kristus kembali ke syurga, para murid pergi kemana-mana untuk mengkhabarkan berita salib. Mereka memberitakanNya tanpa rasa takut dan tidak gentar ketika diperiksa oleh para imam di bait Allah di Yerusalem. Alkitab menyatakan ini mengenai mereka di dalam Kisah Para Rasul 4:13,
Ketika sidang itu melihat keberanian Petrus dan Yohanes dan mengetahui, bahawa keduanya orang biasa yang tidak terpelajar, hairanlah mereka, dan mereka mengenal keduanya sebagai pengikut Yesus.
Di gereja yang baru terbentuk di Yerusalem, orang-orang Kristian mendoakan para murid dengan kata-kata ini,
Ya Tuhan..... berikanlah kepada hamba-hambaMu keberanian untuk memberitakan FirmanMu. Hulurkanlah tanganMu untuk menyembuhkan orang, dan adakanlah tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat oleh nama Yesus, HambaMu yang Kudus (Kisah Para Rasul 4:29-30)
Doa mereka dikabulkan. Kata Alkitab di dalam buku Kisah Para Rasul 4:31,
Dan ketika mereka sedang berdoa, goyanglah tempat mereka berkumpul itu dan mereka semua penuh dengan Roh Kudus, lalu mereka memberitakan Firman Allah dengan berani.
Jadi majulah terus dan bersikaplah berani dalam iman kita.

Isnin, 4 Februari 2008
Bebas dari Masa Dulu
Berjuta-juta manusia hidup dalam keputus-asaan kerana mereka tidak dapat melupakan masa lalu mereka. Mereka disiksa oleh ingatan-ingatan yang dapat membawa dukacita, kerisauan batin dan bahkan maut.
Iblis mengerti akan kelemahan kita. Itulah sebabnya dia menggunakan kekeliruan mengenai masa lalu kita untuk menyiksa dan menjebak kita dalam dosa. Satu daripada senjata iblis yang paling merbahaya yang digunakannya untuk melawan kita ialah masa lalu kita.
Syukur kepada Allah kerana darah dari salib dapat menyingkirkan perbuatan sia-sia itu dari hati nurani kita. Inilah yang dijanjikan Allah di dalam surat Ibrani bab 9 ayat 13 dan 14.
Sebab, jika darah domba jantan dan darah lembu jantan dan percikan abu lembu muda menguduskan mereka yang najis, sehingga mereka disucikan secara lahiriah, betapa lebihnya darah Kristus, yang oleh Roh yang kekal telah mempersembahkan diriNya sendiri kepada Allah sebagai persembahan yang tidak bercacat.
Sedarkah kita betapa merdeka rasanya kita jika kita dibebaskan dari masa lalu kita? Dapatkah kita memahami sepenuhnya erti hidup ini tanpa berasa salah dan terhukum?
Sebahagian dari kita mungkin berpendapat bahawa masa lalu kita jauh lebih ternoda jika dibandingkan dengan orang lain di sekeliling kita. Dengarlah apa yang dikatakan oleh seorang Kristian terkenal, R.A. Torrey mengenai hal ini. Dia berkata,
Jika kita dapat melihat masa lalu kita seperti Allah melihatnya sebelum ianya dibasuh, rekod mengenai hal yang terbaik diri kita adalah hitam, hitam dan hitam. Tetapi, jika kita berjalan di dalam terang, sambil menyerah kepada kebenaran Allah, percaya pada Yesus dan terangNya, maka rekod kita pada hari ini ialah seputih pakaian Kristus ketika para murid melihatNya di gunung saat Dia dipermuliakan.
Biarlah kata-kata ini meresap masuk ke dalam hati kita: Pada saat darah Yesus yang tercurah itu diletakkan di hati kita, masa lalu kita terkubur sudah. Ianya telah lenyap selama-lamanya dan tidak akan diingat lagi di syurga.
Bayangkanlah kita sedang berdiri di dalam satu ruangan pengadilan. Allah menjadi hakim dan kita berdiri dihadapanNya. Di hadirat kesucianNya, kita ditimbun oleh kesedaran akan dosa kita yang tidak mengenal belas kasihan. Suara Allah bergemuruh, "Aku tahu engkau bersalah." Kita gementar menantikan hukuman maut. Kemudian Allah melanjutkan kata-kataNya, "Engkau bersalah, tetapi Aku menyatakan bahawa dirimu benar. Hukumanmu dibatalkan."
Itulah yang disebutkan pembenaran. Allah memberikan kepada kita suatu kedudukan yang baru. Dia memberi kita satu lembaran hidup yang baru. Kita bersih.
Allah dalam Alkitab mengumumkan kita benar disebabkan perbuatan Yesus di atas kayu salib. Dengarlah kata-kata ini yang dipetik dari surat Roma pasal 3 ayat 25 dan 26.
Dia telah membiarkan dosa-dosa yang telah terjadi dahulu pada masa kesabaranNya. MaksudNya ialah untuk menunjukkan keadilanNya pada masa ini, supaya nyata, bahawa Dia benar dan juga membenarkan orang yang percaya kepada Yesus.
Allah membenarkan semua orang yang percaya kepada Yesus. Darah Yesus yang tercurah itu menyelamatkan kita dari kemurkaan Allah. Amarah Allah yang suci terhadap dosa tidak lagi dituangkan atas kita. Lihatlahapa yang dikatakan Rasul Paulus di dalam surat Roma 5 ayat 9 mengenai perkara ini.
Lebih-lebih, kerana kita sekarang telah dibenarkan oleh darahNya, kita pasti akan diselamatkan dari murka Allah.
R.A. Torrey membuat suatu perbandingan yang indah antara pengampunan dan pembenaran. Katanya,
Dalam pengampunan kita dilucuti dari kain compang-camping yang kotor dan berbau busuk dari dosa-dosa kita; dalam pembenaran kita disaluti kemuliaan dan keindahan Kristus.
Saya berharap agar setiap orang Kristian memahami hal ini. Di dalam Yesus ada pengampunan. Di dalam Yesus ada pembenaran. Di dalam Yesus ada pelepasan.
Jika kita sungguh-sungguh telah bertaubat dari dosa-dosa kita, darah Yesus menyucikan kita dengan sempurna. Rekod masa lalu kita dihapuskan. Tuhan tidak hanya mengampuni melainkan Dia juga telah memilih untuk melupakan dosa-dosa kita. Sebelum saya berhenti, benarkan saya mengongsikan ayat ini yang dipetik dari Yesaya 43:25-26. Semoga ianya memberkati kita.
Aku, Akulah Dia yang menghapus dosa pemberontakkanmu oleh kerana Aku sendiri, dan Aku tidak mengingat-ingat dosamu. Ingatkanlah Aku, marilah kita berperkara, kemukakanlah segala sesuatu, supaya engkau nyata benar!

Isnin, 28 Januari 2008
Ajaibnya Darah Yesus
Hubungan kita dengan Allah telah dieratkan oleh suatu perjanjian darah. Dengarlah apa yang dikatakan Rasul Paulus di dalam surat Kolose pasal 1 ayat 19 dan 20.
Kerana seluruh kepenuhan Allah berkenan diam di dalam Dia, dan oleh Dialah Ia memperdamaikan segala sesuatu dengan diriNya, baik yang ada di bumi, maupun yang ada di syurga, sesudah Ia mengadakan pendamaian oleh darah salib Yesus.
Suatu pengertian yang lengkap dan betul tentang perjanjian darah ini akan selama-lamanya mengubah hidup dan tugas pelayanan kita. Kita mesti mengambil masa mempelajari Alkitab tentang hal ini supaya pengertian kita didasarkan sepenuhnya atas Firman Allah yang benar itu. Sambil menyelidiki Alkitab, berdoalah, memohon Tuhan untuk memberikan satu pengertian tentang darah Yesus dan kaitannya dengan kehidupan kita hari ini. Saya percaya pada detik kita melakukannya, hadirat Tuhan akan dirasai dan bimbingan dari Roh Kudus akan diterima.
Darah Yesus melambangkan kehidupanNya. Ketika Yesus mencurahkan darahNya di Golgota, Dia memberikan kepada kita hidupNya sendiri. Renungkanlah kata-kata Yesus ini yang dipetik dari Injil Yohanes bab 6 ayat 54.
Barangsiapa makan dagingKu dan minum darahKu, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman.
Apabila kita meminta Tuhan untuk membasuh kita dengan darahNya, kita akan mengalami kuasaNya yang memberikan kehidupan. Ramai orang Kristian mempunyai pengertian yang terbatas tentang penebusan. Akibatnya, mereka tidak mengalami kemerdekaan yang disediakan Allah untuk kehidupan mereka. Misalnya, ramai orang percaya mengatakan bahawa iblis terus-menerus menindas mereka. Sebenarnya, kita tidak akan lagi mengalami tindasan iblis atas diri kita apabila kita memohon Allah untuk menudungi kita dengan darah Yesus. Kadang-kadang kita rasa tertekan dan merasa bahawa fikiran kita dihambat. Kadang-kadang apabila kita berdoa kita boleh merasakan satu tindasan yang mengerikan melanda diri kita. Kita mengalami mimpi buruk dan kadangkala merasa ada sesuatu yang mencekik kita. Jika ini berlaku, mohonlah satu tudungan darah melalui doa, maka hal-hal itu akan dihancurkan. Kita tidak akan lagi mendapat serangan yang semacam itu lagi. Inilah kemenangan yang dijanjikan kepada kita sepertimana yang terdapat di dalam Wahyu bab 12 ayat 11. Bunyinya,
Dan mereka mengalahkan dia oleh darah Anak Domba dan oleh perkataan kesaksian mereka.
Pembaca sekalian, ada kuasa dalam darah Yesus. Jangan sama sekali meragukan hal ini lagi. Walaupun begitu, kita mesti faham bahawa darah itu sendiri tidak mempunyai kuasa yang ajaib. Kuasa itu berasal dari Tuhan Yesus sendiri, dan Dia sajalah yang akan bertindak untuk kepentingan kita bila kita menerapkan kuasa darahNya melalui doa. Kita menerapkan kuasa darah Yesus melalui doa dan iman tetapi Tuhanlah yang menudungi kita; kita tidak menudungi diri kita sendiri.
Benarkan saya mengongsikan kesaksian seorang gembala dari Kanada mengenai turunnya Roh Kudus sebagai akibat dari pengenalan akan kuasa darah Yesus. Inilah kesaksian dia tentang karya agung Roh Kudus yang berlaku di Scotland pada tahun 1908. Katanya,
"Seorang saudara bernama John Reid, yang sedang duduk di tengah kelompok doa,secara mendadak mengangkat tangannya dan berkata, "Darah Yesus". Dengan segera Roh Kudus turun ke atas persekutuan itu dan orang mulai menerima pengalaman Pentakosta di seluruh ruangan bilik itu. Kebangunan rohani yang besar tersebar luas ke seluruh negara England lewat berlakunya peristiwa itu."
Gembala ini juga ada mengisahkan tentang kehidupan di negara England semasa Perang Dunia Kedua dan bagaimana satu pengenalan tentang darah Yesus telah membawa keselamatan kepada mereka. Katanya,
"Kami mengalami banyak serangan udara yang merbahaya dan bom-bom meledak di mana-mana. Tetapi kami dapat berbaring dan tidur bersama anak-anak kami selama hal itu berlangsung pada masa itu. Perlindungan darah Yesus sedemikian nyata sehingga seakan-akan kami sedang tidur dalam suatu tempat perlindungan yang kukuh. Malah sebenarnya, kami anggap darah Yesus sebagai tempat perlindungan terbaik di dunia terhadap serangan udara."
Gembala ini mengatakan bahawa setiap malam sebelum mereka pergi tidur mereka memohon kepada Tuhan untuk menudungi mereka, rumah mereka dan anak-anak mereka dengan darah Yesus. Mereka semua terpelihara dan selamat dari segala macam bahaya. Itulah kehebatan kuasa Allah!
Pembaca sekalian, saya memohon supaya Roh Kudus memberikan kepada anda suatu pengertian tentang perjanjian darah dari Alkitab yang akan dapat memberikan kejayaan dan kemenangan yang hebat dalam kehidupan anda. Doa saya agar kita terus memahami kuasa perjanjian darah ini dan mengalami kehadiran Allah yang ajaib selalu.

Langgan:
Catatan (Atom)