Baru-baru ini saya terlihat sesuatu yang membuka mata saya kepada betapa besar dan efektifnya pengaruh drama Melayu yang banyak sekali ditayangkan dalam semua siaran TV Malaysia. Walaupun keluarga ini berlatar-belakang Kristian, banyak sekali masa diluangkan melihat drama-drama Melayu yang pelbagai jenis - sesuai untuk si ibu, si remaja lelaki dan perempuan dan si anak kecil. Jumlah masa yang diluangkan terpukau di hadapan kotak imej dan suara itu pasti ada kesan atas mereka.
Yang terlintas dalam minda saya ialah kenyataan ini: drama-drama Melayu ini secara halus dan senyap mempengaruhi minda dan kepercayaan penonton-penonton Kristian; drama-drama ini menyahpekakan penonton ini kepada amalan dan ajaran agama rasmi negara ini.
Ini terjadi dengan beberapa cara:
- cara masalah diselesaikan - contoh dan prinsip agama mereka diamalkan dan kemungkinan juga dipakai penonton Kristian untuk penyelesaian masalah mereka; prinsip-prinsip Alkitabiah tidak diketahui atau diabaikan.
- nilai-nilai hidup yang dipaparkan akan menjadi ikutan - apa jadi dengan nilai-nilai hidup Kristian yang sepatutnya diamalkan?
- penjelasan untuk sesuatu yang terjadi adalah dari sudut pandangan agama mereka- apakah pandangan dan penjelasan Kristian Alkitabiah - diketahui dan dipakai?
- penampilan agama mereka sebagai baik dan hebat dan merupakan solusi masalah terbaik yang boleh-pakai - bagaimana pula dengan kepercayaan dan keyakinan ajaran Alkitab dan amalan Kristian adalah yang terunggul dan satu-satunya yang mesti diamalkan?
Jika anda orang kristian, fikir-fikirlah lain kali apabila anda juga terpukau di depan kaca TV menonton drama Melayu . . .
2 ulasan:
ya benar...kita sendiri dapat lihat melalui penyiaran cerita upin dan ipin...cerita ini berjaya menarik minat ramai kanak-kanak dan juga golongan dewasa..yang tanpa kita sedari keseluruhan cerita ini mengandungi unsur pengajaran islam.ini secara tidak langsung akan mempengaruhi kanak-kanak sejak dari kecil lagi bahkan kita orang dewasa.
ya benar...kita sendiri dapat lihat melalui penyiaran cerita upin dan ipin...cerita ini berjaya menarik minat ramai kanak-kanak dan juga golongan dewasa..yang tanpa kita sedari keseluruhan cerita ini mengandungi unsur pengajaran islam.ini secara tidak langsung akan mempengaruhi kanak-kanak sejak dari kecil lagi bahkan kita orang dewasa.
Catat Ulasan