Satu pemerhatian dan pendapat . . .
Setelah memerhatikan satu keluarga yang mempunyai beberapa anak (macam satu tahun satu, dari ketinggian setiap anak) dan isteri sedang mengandung satu lagi, saya tersedar betapa efektifnya sistem peluasan sesebuah agama yang menggalakkan pasangan yang menganuti agama itu mempunyai sebanyak anak yang boleh dengan beberapa isteri sekaligus. Kemudian tetapkan, dari segi agama dan perundangan bahawa semua anak-anak ini juga mesti menganuti agama yang sama dan tidak boleh menukar agama. Bagi mereka yang pandai matematik, saya yakin anda akan sedar betapa cepatnya jumlah penganut agama ini akan bertambah. Inilah kehebatan strategi peluasan agama secara biologi . . .
Ini mungkin satu sebab mengapa jumlah orang Kristian tidak bertambah begitu cepat. Lagi-lagi mereka tidak ada banyak anak dan satu isteri saja . . . kemudian anak mereka dibenarkan bertukar agama . . . kalau macam ni bila lagi jumlah orang Kristian akan meningkat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan