Isnin, 2 Mei 2011

Tanya Tu Pulak . . .

Di sebuah universiti di Malaysia, pelajar-pelajar sebuah kursus yang langsung tidak ada kaitan dengan kursus Perbandingan Agama, disuruh untuk membentangkan kertas berjudul "Status wanita dari perspektif agama Kristian dan Islam" dan sesudah pembentangan dibuat, pelajar-pelajar disoal oleh pensyarah yang beragama Islam. Soalan-soalannya dikatakan macam sengaja dibuat untuk menyebabkan pelajar Kristian bingung dan meragui fahaman Kristian. 
Dalam membentangkan kisah Hawa, soalan yang ditanya pensyarah Islam ini ialah: Apakah nama saintifik bagi buah kehidupan? 
Saya yakin soalan-soalan ini tidak sesuai ditanya oleh pensyarah ini kerana latar belakang agamanya dan kursus yang dia ajar. Memang tertanya apakah motif sebenar tugasan dan soalan-soalan yang ditanya. Saya juga tertanya apakah dia akan membenarkan seorang pensyarah kristian menyoal pembentangan pelajar-pelajar Islam? 
Pelajar-pelajar Kristian yang terlibat telah cuba menjawab macam-macam ketika ditanya supaya pensyarah mereka itu tidak salah tafsir - mereka kurang yakin mereka berjaya. Saya tidak hairan kerana tajuk seperti ini TIDAK dibentangkan dalam gereja dan buku-buku Kristian tentang hal ini tidak ada dan jika ada memang sukar ditemui. Saya juga yakin ramai pemuda-pemudi Kristian tak pernah memikirkan isu ini . . . nah, tiba-tiba kena tanya dan jawapan pun tunggang terbalik. 
Apakah tujuan 'posting' saya ini? Senang saja - orang muda Kristian mesti belajar dengan mendalam agama mereka untuk sedia menjawab pelbagai soalan pelik-pelik dari pensyarah mereka (dan ramai orang lain) dan memberi jawapan bernas dan berkuasa! 
Pastor-pastor, sedarlah khutbah hari Ahad tidak memadai - banyak maklumat lain mesti anda sediakan dan perlengkapi anak-anak muda dengan banyak hal/topik lain juga.

3 ulasan:

Unknown berkata...

this is so true Pastor.. I have been ask for so many times during CTU subject.

Eric Samson DJ berkata...

Saya tidak suka berdebat dengan mereka sebab mereka hanya mahu memanipulasi keadaan dan mereka menyoal sesuatu yang sudah pun terjawab dalam alkitab.

Dan tugas kita ialah menjawab segala persoalan mereka. Namun, pengalaman saya apabila sudah menjawab mereka akan timbul lagi dengan soalan-soalan yang lain dan mereka tidak memberi respon akan jawapan saya. Mereka lebih suka melihat orang kristian bingung. Bukankah itu melambangkan ketidakikhlasan mereka menyoal soalan itu kepada kita?

So, selalunya sebelum mereka menyoal saya, saya akan cakap yang saya tidak akan menjawab soalan itu jika tujuan mereka hanya mahu mempersenda ajaran & firman Yesus!!! Peduli lah jika saya gagal dalam subjek itu(sebab seperti situasi di atas, memang tidak patut pensyarah itu menyoal soalan itu sebab tidak berkaitan).

Jangan mempersenda KRISTUS!!!

RENCE berkata...

kalau tidak menyoal pun, ramai pensyarah selalu membandingbezakan agama Islam dan agama Kristian.. Contoh kenyataan salah seorang pensyarah " Agama Islam menghalang umatnya menghampiri zina tetapi agama Kristian hanya menghalang umatnya berzina. Kenapa agama Kristian tidak menggunakan kaedah pencegahan tetapi hanya tahu melarang? Fikir2 lah tu.." Kadang2, saya berasa sangat geram dengan kenyataan2 seperti ini. Ia seolah-olah memberi gambaran agama Islam itu sahaja yang betul dan benar. Kami juga tidak diberi peluang untuk menyatakan pendapat dari perspektif agama kami (Kristian).