Isu penghinaan Alkitab oleh Kerajaan Malaysia dianggap terlalu sensitif dan hangat sehingga tidak ada yang mahu menyebutnya mahupun mengambil tindakan. Oleh itu isu ini masih lagi belum selesai dan sedikit demi sedikit tuntutan-tuntutan yang tidak menghormati orang Kristian dan buku suci mereka ditambahkan sehingga pagi ini Ketua Menteri Sarawak berkata bahawa isu ini tidak perlu diberi perhatian politik!
Sampai bilakah orang Kristian akan berdiam, malu bersuara dan mendesak supaya kehormatan dan kemuliaan Alkitab dihormati?
Saya yakin satu cara 'halus dan lembut' untuk menyatakan hasrat dan ketidakpuasan kita ialah dengan memprotes dengan perkataan - yang ditulis atas baju yang dipaki dan kereta yang dipandu. Apa pendapat anda?
Cuba lihat contoh-contoh di bawah, apa kata anda?


3 ulasan:
Pastor, this is insane.. In my personal opinion, bukan hak2 orang Islam yang di cabar.. tetapi hak2 orang Kristian sejak dulu2 lagi..
Saya tak fikir yang orang Kristian cuba mencabar orang2 Islam..
all this is.. grrr.. I dunno what to say..
because since the 1980.. govt make so many resriction yang sekaligus menekankan orang2 Kristian.. jadi, siapa yang mencabar hak siapa?? di mana letaknya demokrasi??
Demokrasi hanyalah sekadar dimulut sahaja. Tidak ada tindakan. Kesalnya...(-_______-')
Idea untuk mencetak T-shirt dan pelekat kereta telah menerima respons was-was (takut?) dari pelbagai pihak Kristian yang dekat dengan saya. Kesimpulannya mereka tak setuju, takut ada reaksi dari 'kawan-kawan' kita yang sensitif.Hakikatnya saya tidak dapat meneruskan usaha ini (tiada bantuan kewangan dan moral) dan 'kawan-kawan' kita terus menang, mencekik Alkitab kita dan orang Kristian terus berkata, "Tidak apa. jangan ganggu mereka, nanti . . ." Rasa takut (fear) sangat kuat cengkamannya atas umat Kristian di Malaysia. Sedih . . .
Catat Ulasan