Frodo kini selamat di Rumah Sederhana Terakhir, di bahagian timur Laut. Rumah itu, seperti yang dilapurkan oleh Bilbo sekian lama dulu, ‘sebuah rumah yang sempurna, samada anda suka makan atau tidur atau bercerita atau menyanyi, atau hanya duduk dan berfikir dengan baik, atau satu campuran indah kesemuanya.’ Hanya berada di sana merupakan ubat untuk keletihan, takut dan kesedihan. J.R.R. Tolkien, The Lord of the Rings
Saya kembali ke sini, dan di sini saya telah berada. Saya telah melakukan ini dan itu. Saya telah menulis lagi di dalam buku saya. Dan, semestinya, saya menciptakan beberapa buah lagu. Mereka kadang-kadang menyanyikannya: hanya untuk memuaskan saya, saya fikir; kerana sememangnya, lagu-lagu itu tidak cukup baik untuk Rivendell. Dan saya mendengar dan saya berfikir. Masa seolah-olah tidak berlalu di sini; ia hanya ada. Satu tempat yang sungguh menakjubkan. J.R.R. Tolkien, The Lord of the Rings
Seorang pengundur kali pertama baru-baru ini memberitahu saya bahawa apabila dia mendedahkan kepada suaminya apa yang dia ingin lakukan, suaminya mengeluarkan paip dari mulutnya dan berkata dengan sungguh: ‘Pergi, sayangku. Adalah baik anda pergi! Sudah hampir masanya untuk anda mengalami satu titik kelahiran baru.’ Lelaki itu, pada pandangan saya, mempunyai fahaman yang jelas tentang satu daripada fungsi pengunduran: kuasanya untuk menyebabkan deria rohani kita lahir kembali, meghidupkan apa yang telah menjadi pudar dan mati di dalam kita, memanggilnya untuk keluar ke dalam cahaya dan udara, mmeberinya satu peluang lagi. Evelyn Underhill, Light of Christ
Kini mereka yang mengawal kilang moden – lebih bijak dalam generasi mereka daripada anak-anak terang – tahu apa maksudnya semua ini dalam kepenatan dan kehabisan bahan manusia, dalam tekanan yang gemuruh, ketidakpedulian, kekacauan. Jadi tidak ada kilang yang baik tanpa jabatan kebajikannya, bilik rehatnya, peluang untuk berdiam. Mengasingkan pekerja itu pada masa-masa tertentu dari bising dan tekanan akan meningkatkan kualiti dan kuantiti kerja. Jadi kadangkala saya berfikir bahawa pengunduran harus diibaratkan sedikit seperti kerja peperangan rohani; sangat penting untuk organisasi gereja dan khasnya untuk keberkesanan pelayan-pelayannya. Saya pasti jika dilakukan sekurang-kurangnya satu pengunduran tahunan sebagai satu kemestian untuk mereka yang menjadi imam Allah, ianya akan lebih lagi menjadi satu cara pembaharuan yang lebih bernilai daripada beberapa cara lain yang telah dicadangkan.
Saya tidak bermaksud dengan ini untuk mengesyorkan pengunduran hanya untuk sebab-sebab praktikal – kerana ianya membuat orang Kristian yang aktif dan berkesan lebih aktif dan berkesan lagi. Saya lebih senang mencadangkannya kerana ianya meletakkan di depan, dan menyimpan di depan apa yang, sememangnya, tujuan pertama minat agama – begitu senang untuk lupakannya – hanya satu ini yang perlu – perhubungan jiwa dengan Allah.
Evelyn Underhill, Light of Christ
Kami ketahui sebagai satu persekutuan bahawa misi kami sebagai gereja di dalam dunia akan menghadapi bahaya jika pergerakan luaran ini tidak mempunyai satu gerakan pengunduran yang selari.
Elizabeth O’Connor, Call to Commitment
Ramai orang mencari persekutuan kerana mereka takut bersendirian. Kerana mereka tidak boleh tahan kesunyian, mereka terdesak untuk mencari hadirat orang.
Dietrich Bonhoeffer, Life Together
Kemudiannya jiwa akan menghasilkan buah yang sesuai dalam ukurannya, di mana kehidupan dalaman dibangunkan dalamnya. Jika tidak ada kehidupan dalaman, biar bagaimana besarnya semangat, tingginya niat, kerasnya kerja, tidak ada buah yang akan dihasilkan; ianya seperti musim bunga yang mahu memberi kesuciannya kepada yang lain tetapi tidak dapat, tiada siapa untuk diberi; seseorang hanya dapat memberi apa yang ia ada. Adalah dalam kesunyian, kehidupan yang sunyi bersama Allah, dalam imbas kembali jiwa yang dalam, dalam melupakan segala ciptaan, yang Allah dapat memberi dirinya kepada jiwa yang memberi dirinya selengkap dan sepenuhnya kepada dia. Charles de Foucauld
Tiada ulasan:
Catat Ulasan