Ketika Allah memberikan ketetapan-ketetapan dalam Perjanjian Lama, Dia berfirman kepada Musa tentang hukum orang sakit kusta dan hari pentahirannya. Segala yang berkaitan dengan hal ini direkodkan oleh Musa di dalam buku Imamat bab 14. Kita akan memberi perhatian kepada rekod itu kerana proses pentahiran ini mengandungi makna simbolik yang khusus bagi kita masa kini.
Dalam Alkitab, perkataan 'kusta' merujuk kepada berbagai jenis penyakit kulit. Kusta juga adalah lambang dosa. Jadi, pentahiran penderita kusta ini saya percaya, sebenarnya melambangkan rencana Allah di masa depan untuk menyucikan seluruh umat manusia dari dosa.
Pertama, Imamat 14:2 berkata bahawa orang kusta yang akan ditahirkan harus dibawa kepada imam. Imam diperintahkan untuk pergi ke luar kota dan bagi orang yang akan ditahirkan itu diambil dua ekor burung yang hidup dan yang tidak haram, juga kayu aras, kain kirmizi dan hisop. Ini dicatat di dalam Imamat 14:4.Setiap unsur ini mengingatkan kita akan karya Yesus untuk pengampunan dosa.
Imam yang pergi ke luar perkhemahan merujuk kepada Yesus yang disalibkan di luar tembok-tembok Yerusalem. Dua ekor burung itu mengingatkan kita kepada kematian dan kebangkitan Yesus. Kayu aras pula merujuk kepada salib dan kain kirmizi mengarah pandangan kita kepada penderitaanNya.
Akhirnya hisop melambangkan iman. Raja Daud pernah berkata di dalam Mazmur 51:9 kata-kata ini,

Bersihkanlah aku dari dosaku dengan hisop, maka aku menjadi tahir, basuhlah aku, maka aku menjadi lebih putih dari salji.
Hisop yang dipakai dalam upacara pengudusan biasanya tumbuhan wangi dari keluarga majoram. Ianya melambangkan iman kerana dipakai dalam penerapan darah.
Hal yang dilakukan seterusnya menakjubkan jika ianya dibandingkan dengan apa yang akan dilakukan oleh Kristus di Golgota. Lihatlah arahan-arahan ini dari Imamat bab 14 ayat 5 dan 6.
Imam harus memerintahkan supaya burung yang seekor disembelih di atas belanga tanah berisi air mengalir. Tetapi burung yang masih hidup haruslah diambilnya bersama-sama dengan kayu aras, kain kirmizi dan hisop, lalu bersama-sama dengan burung itu semuanya harus dicelupkannya ke dalam darah burung yang sudah disembelih di atas air mengalir itu.
Ketika burung pertama disembelih, darahnya ditampung dalam belanga tanah yang berisi air. Ini berbicara tentang penumpahan darah Kristus dalam belanga tanah iaitu tubuh manusiawiNya.
Kemudian imam itu mengambil burung yang hidup itu bersama dengan kayu aras, kain kirmizi dan hisop dan mencelup semuanya dalam darah burung yang disembelih itu.
Darah burung yang disembelih dicampur dengan air dalam belanga tanah yang saya percaya, melambangkan pentahiran atau penyucian.
Petunjuk terakhir bagi pentahiran seorang penderita kusta terdapat di dalam Imamat 14 ayat 7 yang berbunyi,
Kemudian ia harus memercik tujuh kali kepada orang yang akan ditahirkan dari kusta itu dan demikian mentahirkan dia, lalu burung hidup itu haruslah dilepaskannya ke padang.
Ayat ini membicarakan tentang dosa-dosa kita disucikan oleh darah Yesus. Kita kemudiannya melihat unsur kebangkitan menerusi burung hidup yang dilepaskan.
Upacara pentahiran ini hanya sebuah contoh dari Perjanjian Lama yang memberi bayangan akan datang dalam Perjanjian Baru.
Perlu juga kita ketahui bahawa para imam memercik penderita kusta dengan darah tujuh kali. Saya yakin perbuatan mereka itu bersifat nubuat kerana di dalam Alkitab kita diberitahu bahawa darah Yesus di tumpahkan tujuh kali pada masa yang berlainan sewaktu penyalibanNya.
Pertama, apabila Yesus berdoa dan peluhnya menjadi seperti titik-titik darah yang bertetesan ke tanah (Lukas 22:44). Kedua apabila janggutNya dicabut orang (Yesaya 50:6). Ketiga bila askar-askar Romawi menganyam sebuah mahkota duri dan menaruhnya di atas kepalaNya (Matius 27:29). Keempat apabila Yesus disesahkan (Matius 27:26). Kelima apabila mereka menusuk tanganNya dengan paku (Mazmur 22:17). Keenam, bila mereka menusuk kakiNya, juga dengan paku dan akhirnya apabila seorang askar Romawi menikam rusuk Yesus dengan lembing (Yohanes 19:34). Tujuh kali darah Yesus di tumpahkan, tujuh kali penderita kusta dipercik dengan darah.
Penderita kusta itu yang sudah ditahirkan kemudian diizinkan memasuki perkhemahan orang Israel. Demikianlah juga keadaannya dengan kita bila kita telah disucikan oleh darah Yesus. Kita siap dan layak untuk memasuki Kerajaan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan