Dalam Markus 1:4, penulis Injil ini
memperkenalkan Yohanes Pembaptis (Matius 3) sebagai penggenapan nubuatan Yesaya
dan Maleakhi yang baru sahaja disebut sebelum ini. Hal pertama yang dinyatakan tentang Yohanes
ialah bahawa dia sibuk membaptis orang. Adalah menarik dalam penterjemahan lama
Alkitab dalam Bahasa Indonesia, ‘baptisan’ diterjemahkan sebagai ‘permandian’ (Nabi Yahya tampil di padang gurun. Ia
mengabarkan permandian sebagai tanda
pertobatan demi pengampunan dosa-dosa ( KSI 2000, satu terjemahan baru juga
menggunakan peerkataan ini) kerana sememangnya itu maksud asal baptisan – diselaputi
air biasanya dengan cara dicurahkan atau diselam).
Baptisannya dilakukan sesudah dia berseru
atau memberitakan mesej pertaubatan kepada semua yang datang mendengarnya.
Ingat bahawa dalam Alkitab pertaubatan merujuk kepada perubahan minda yang
disusuli oleh perubahan perbuatan.
Satu bahaya dalam ayat ini ialah
kemungkinan salah faham atau salah tafsir pemberitaan Yohanes sehingga ada
wujudnya satu ajaran yang sehingga hari ini mengganggu akidah Kristian tulen:
anda perlu dibaptis untuk dosa dibuang. Ini senang disimpulkan kerana ada
terjemahan yang seolah-olah menyatakan ini:
. . .
demikianlah Yohanes Pembaptis d tampil
di padang gurun dan menyerukan: "Bertobatlah dan berilah dirimu dibaptis dan Allah akan
mengampuni dosamu. " (TB 1974)
Yohanes
tampil membaptis di padang gurun dan memberitakan baptisan pertobatan untuk
penghapusan dosa. (MILT 2008)
Akan tetapi ini sebenarnya bukan
kepercayaan atau mesej Yohanes mahupun kepercayaan Kristian. Mungkin
terjermahan lain boleh menjelaskan kekeliruan ini:
Kemudian
tampaklah Yohanes Pembaptis di padang gurun. Ia memanggil orang banyak untuk
dibaptis. Baptisan itu merupakan tanda bahwa mereka mau bertobat, supaya
dosanya diampuni. (WBTC Draft 2006)
Utusan
itu ialah Yohanes Pembaptis. Ia hidup di padang gurun dan mengajarkan bahwa
semua orang harus bertobat supaya Allah mengampuni mereka, dan mereka harus
dibaptiskan sebagai pernyataan kepada umum bahwa mereka telah mengambil
keputusan untuk meninggalkan dosa. (FAYH 1989)
Bagi Yohanes dan semua pendengarnya yang
merupakan orang Yahudi yang mengamalkan ajaran-ajaran Musa, baptisan bukan satu
konsep atau amalan yang baru. Baptisan bagi orang Yahudi ialah pembasuhan
beristiadat sebagai tanda renovasi moral dan berkait dengan penyembahan korban tanda
pembuangan dosa telah berlaku sesudah korban pembenaran dibuat.
Jadi bagi mereka permandian ini melibatkan dan menunjukkan pertaubatan melalui
perubahan minda berkaitan dengan dosa telah berlaku.
Pertaubatan ini yang disahkan melalui
pemberian diri secara sukarela untuk dibaptis ialah untuk menandakan
peninggalan dosa dan terlepasnya dari dosa. Jadi apa yang dilakukan oleh
Yohanes ialah menyeru orang Yahudi bertaubat dan bagi mereka yang sudah dan
tahu mereka telah diampuni, dia menyeru mereka untuk memberi diri dibaptis
sebagai tanda luaran perubahan yang telah mereka terima.
Hari ini, Gereja Kristian masih lagu
melaungkan seruan yang sama: Bertaubatlah dan terima pengampunan Allah dan
sesudah itu, nyatakannya secara luaran dan simbolik dengan memberi diri dibaptis.
Sudahkah anda bertaubat dan memberi diri
dibaptis?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan