Jumaat, 14 Januari 2011

Buku Baru, Buku Percuma



Sukacita dimaklumkan bahawa Pelayanan Petros telah menghasilkan satu lagi buku Kristian untuk kegunaan sidang-sidang Tuhan khasnya di Sabah dan Sarawak - Bagaimana Menjadi Seorang Kristian. Buku yang dikarang oleh Pastor Peter de Run (Pengarah Pelayanan Petros dan pengajar Firman bebas) ialah sebuah buku kecil (32 muka surat) yang menerangkan mengapa mempercayai Yesus dan menerimaNya sebagai Tuhan dan Penyelamat adalah cara untuk diselamatkan. Buku ini juga menyentuh beberapa salah faham tentang mengapa seorang itu Kristian dan tuduhan-tuduhan yang biasa dilemparkan tentang ajaran Kristian.

Buku ini sesuai untuk sesiapa sahaja:
  • yang berminat menjadi seorang Kristian dan sedang mencari penjelasan
  • yang dibesarkan dalam komuniti Kristian tetapi belum diselamatkan
  • tetamu kebaktian
  • pemberian percuma ketika menginjil
  • bahan bacaan untuk mereka yang baru percaya
Buku ini boleh dibeli dengan harga RM2.00 senaskhah dengan membuat pesanan melalui e-mel (peterderun@gmail.com) atau panggilan telefon (019-8898049). Anda boleh memuat turun dengan PERCUMA buku ini dari www.scribd.com/doc/45911783/Bagaimana-Menjadi-Kristian

Sukacita juga dimaklumkan bahawa Pelayanan Petros sekarang menawarkan perkhidmatan penerbitan buku kepada mana-mana orang Kristian yang mahu menerbitkan buku Kristian dalam Bahasa Malaysia yang telah mereka tulis. Pihak kami juga sedia memberi bantuan khidmat nasihat dan pemasaran buku yang telah dicetak.

Saya mahu menggalakkan khususnya hamba-hamba Tuhan yang telah banyak berkhutbah, menganjurkan seminar atau lama melayani mengambil kesempatan ini mengkompilasikan semua nota-nota khutbah atau seminar dan menjadikannya buku untuk bacaan lebih ramai orang. Juga pengalaman-pengalaman semasa pelayanan sememangnya harus direkodkan dan dijadikan buku untuk memuliakan nama Tuhan. Apakah anda minat? Hubungi saya menggunakan e-mel atau nombor telefon yang tertera di atas.

Semoga Allah bapa dan Yesus Kristus, Penyelamat kita, menyertai anda serta memberkati anda dengan damai sejatera dan kasih kurnia dari syurga.

Tiada ulasan: