Tiada ada satu teori falsafahpun yang pernah saya temui yang merupakan pembaharuan radikal kepada kata-kata dalam Kejadian bahawa 'pada mulanya Allah menciptakan syurga dan bumi.'
C.S. Lewis, Miracles
Ada sebilangan orang yang mahu mengasihi Allah sepertimana mereka mengasihi seekor lembu. Mereka mengasihi lembu itu kerana ia memberi susu dan keju dan keuntungan peribadi. Begitu juga dengan semua orang yang mengasihi Allah untuk kekayaan luaran atau penghiburan dalaman. Tetapi mereka tidak mengasihi Allah dengan betul, kerana mereka mengasihinya hanya untuk kepentingan mereka sendiri.
Anda mencari sesuatu bersama Allah dan anda berlaku seolah-olah anda menjadikan Allah itu lilin untuk membolehkan apa yang anda cari. Apabila anda menjumpai apa yang dicari, anda mencampakkan lilin itu. Dengan ini, apa yang anda cari bersama Allah itu adalah kesia-siaan. Tidak kira apa perkara itu – samada faedah, atau ganjaran atau kerohanian atau apa-apa sahaja – anda sememangnya mencari kesia-siaan dan untuk sebab itu anda memperolehi kesiaan.
Meister Eckhart
Allah ialah kekasih yang berbeza dari kekasih-kekasih manusia, yang memberi hadiah yang diluar diri mereka. Allah sedang bekerja dalam semua pemberiannya, memberi dirinya sebagai tanda kasihnya. Ciptaan ini ialah satu proses berlanjutan dan Allah dengan sabar sedang bekerja dalam setiap mahkluk ciptaannya, dalam potensi yang dia telah curahkan dalam ciptaannya yang fana. Dialah dasar kewujudan yang mengarah semua mahkluk ciptaan ke arah hakikatnya yang penuh. . .
George A. Maloney, Alone with the Alone
Allah Injil ialah Allah . . . yang sering kali menyatakan dirinya dengan cara yang baru dan mesti ditemui baru. . . Dalam hal ini dia, tanpa apa-apa keraguan, ialah Allah yang sepenuhnya berbeza dari tuhan-tuhan lain. Tuhan-tuhan lain nampaknya tidak menghalang teologi mereka dari bercakap besar mengakui setiap satu dari mereka betul atau memiliki satu-satunya teologi yang betul . . .
Allah Injil bukan Allah yang sunyi, mampu-diri dan kandung-diri. . . . Dia ialah Allah kita. Dia ujud bukan di sebelah kita atau hanya di atas kita tetapi bersama kita, di samping kita, dan yang paling penting, untuk kita. . . Inti kandungan Firman Allah ialah keyaan Allah yang percuma kepada umat manusia, walaupun ketidakmunasabahan dan kerosakkan manusia.
Karl Barth, Evangelical Theology
Manusia menjadi seperti tuhan mereka. Bukanlah kita, sejak penciptaan dunia, yang telah mencipta tuhan-tuhan dalam imej kita. Sebaliknya kita telah membayangkan dan menghasilkan jenis-jenis tuhan yang akan berguna kepada kita. Jika kita mahu menakluki musuh-musuh kita, tuhan kita tuhan yang suka berperang; jika kita perlu berasa senang apabila melakukan salah, tuhan kita dapat ditenangkan melalui korban.
Tuhan-tuhan kaum Zuni India Amerika baik dan sering memberkati; jadi kaum ini tidak mengamalkan ilmu gelap, mereka menari dengan banyak dan kehidupan mereka satu pesta yang berterusan. Sebaliknya tuhan-tuhan Ojibwa, mesti ditawar dan di beri suap; motivasi agama mereka ialah rasa takut; kehidupan mereka kedekut dan ada amalan ilmu gelap yang berleluasa. . .
Tuhan orang Farisi garang dan bersifat keundangan, jadi kehidupan mereka diperintah oleh ‘kesopanan’, kuasa dan tugas, dan khutbah mereka bertujuan menghasilkan rasa salah. Allah Yesus mengasihi orang berdosa, jadi Yesus menikmati pesta, kehidupan bersemangat dan spontan, kerajaannya penuh makan dan pesta kegembiran. Untuk orang Farisi ‘bertaubatan mendahului penerimaan’; bagi Yesus aturannya terbalik.
William Temple pernah menulis: ‘Jika pandangan anda tentang Allah itu salah secara radikal, maka lebih ikhlas anda lebih teruknya bagi anda. . . Anda lebih baik menjadi seorang ateis.’ Agama bersifat keundangan ialah satu beban yang berat dipikul. Agama Yesus memikul kita. . .
Rowland Croucher