Salam sejahtera,
Saya membuat anggapan anda telah hadir seminar Triniti di Shalom kelmarin. Saya gembira anda sedang memikir dan cuba memahami dan menyelitkan fahaman yang sudah ada untuk membayangkan atau memahami ayat-ayat tentang Triniti. Ok, sekarang untuk jawab soalan anda:
Bagi saya soalan ini tidak timbul jika anda mempunyai fahaman teologi (ajaran tentang Tuhan) dan kristologi (ajaran tentang Yesus) yang betul dan lengkap.
1. Tuhan ialah ROH - perkataan 'roh' boleh disamakan dengan perkataan 'gas'. Tuhan bersifat gas - wujud, tetapi tidak boleh dilihat tetapi ada sifat khusus. Allah Triniti ibaratkan gas sebatian - satu jenis gas yang mengandungi 3 komponen. Di mana gas itu berada, di sana ketiga-tiga komponen itu ada. Sama dengan Allah Triniti - di mana Allah berada dan apa saja Allah buat ketiga-tiga peribadi Allah ada di sana dan terlibat bersama. Bapa, Anak dan Roh bersifat Roh.
2. Apabila orang Kristian berkata Yesus menjadi manusia, apa yang dimaksudkan ialah apa yang difahami orang Kristian tentang penciptaan manusia dalam rahim wanita. Untuk setiap manusia yang tercipta - badan mereka dihasilkan dalam rahim dan hidup (nyawa) untuk ketulan daging dalam rahim itu terhasil apabila roh disimpan di dalamnya (roh diberi dari Allah). Dalam inkarnasi Yesus, tubuh fizikal dibuat dan disediakan dari benih Maria oleh Roh Kudus dalam rahim Maria, dan Yesus (dalam keadaan roh) masuk ke dalam badan itu (mendiami/mengenakan darah dan daging). dan untuk sedikit masa Yesus mengehadkan dirinya dalam badan itu. Setelah Yesus bangkit, tubuh itu mengalami perubahan luarbiasa - walaupun boleh dipegang, boleh juga menembusi dinding dan tidak terhad dengan masa/jarak. Dengan ertikata lain, badan itu 'dimuliakan' dan sekarang sama sifat ketika Yesus dalam bentuk roh sebelum Dia menjelma sebagai manusia. Jadi Allah Triniti masih bersama dan tidak terasing dan masih berfungsi bersama.
Semoga ini membantu.
3 ulasan:
Shalom..
Thanks Pastor...saya meminta maaf sekiranya soalan2 saya ini membebankan pastor untuk menerangkan jawapan kerana soalan2 saya ini seolah2 soalan2 yang timbul pada pemikiran seseorang yang baru saja menjadi kristian sedangkan saya dilahirkan dalam keluarga kristian dan membesar dewasa sebagai seorang kristian. Secara jujur saya masih lagi ada banyak pertanyaan2 yang timbul. Disini, saya ada satu soalan lagi yang berkaitan dengan Firman. Mengikut apa yang saya tahu Firman itu adalah Kata2 atau perkataan2 yang keluar dari mulut Allah. Dalam Yohanes pasal 1 dan ayat yang seterusnya menyatakan Firman itu satu peribadi yang boleh bersama2 dengan Allah dan merupakan Allah jga. Saya juga tahu yang Firman itu adalah Yesus yang telah menjadi manusia. Jadi, bagaimanakah Firman itu bersama2 dengan Allah pada masa penciptaan dan bagaimanakah rupa bentuk serta ciri2 Firman ini semasa penciptaan. Apa yang saya tahu adalah seperti yang saya katakan tadi Firman adalah perkataan2 yang keluar dari mulut Allah contohnya Allah berfirman “jadilah terang”. Lalu jadilah terang itu. “Jadilah terang” adalah satu Firman Tuhan. Apakah maksud sebenar Firman ini yang dapat bersama2 dengan Allah dan merupakan Allah juga dan telah menjadi mnusia iaitu Yesus. Apakah maksud sebenar Firman ini….adakah keadaan Firman ini adalah satu peribadi atau apa yang saya faham sebagai perkataan2 yang keluar dari mulut Allah. Apakah perkataan2 Allah (Firman) itu adalah Yesus dan perkataan2 Allah (Firman) itu yang telah mrnjadi mausia…tapi bagaimana…
Shalom righarsh (saya masih tidak tahu siapa anda - nama dan jatina?).
Jangan memohon maaf kerana bertanya - bertanya adalah cara kita belajar dan memiliki iman yang logik dan yang difahami.
Dari soalan-soalan yang sudah ditanya, adalah jelas pemahaman anda tentang Yesus (Kristologi) amat cetek. Adalah baik anda mula mencari dan membaca buku-buku teologi yang memberi fokus khusus kepada kajian tentang Yesus. Saya yakin banyak soalan anda akan terjawab.
Untuk masalah anda tentang Firman Allah, jelas anda telah salah faham dan menyamakan gelaran Firman yang diberikan kepada Yesus dengan kata-kata yang diucapkan oleh Allah (Firman Allah). Yesus BUKAN kata-kata yang diucapkan oleh Allah.
Yesus ialah sebahagian daripada Allah Triniti dan oleh itu Yesus (Firman) tidak ada rupa dan bentuk dan mempunyai semua ciri-ciri yang dimiliki oleh Allah Kristian. Kerana Yesus adalah sebahagian daripada Allah Triniti, Dia sentiasa bersama Allah dan Dia bertindak selaras dengan semua tindakan Allah yang dinyatakan dalam Alkitab termasuk penciptaan dunia dan manusia.
Yesus dipanggil Firman kerana Dia diutus kepada manusia dan Dialah yang terlibat secara langsung dalam penciptaan segalanya (ingat Yesus mencipta mata baru untuk orang buta, mencipta wain dari air dsbnya?).
Jadi janganlah samakan Yesus dengan kata-kata yang keluar dari mulutNya.Firman yang bersama Allah membuka mulut dan berkata. kata-katanya dipanggil Firman Allah kerana sesungguhnya Yesus itu Allah.
Catat Ulasan