Khamis, 16 September 2010

Buku Kristian dalam Bahasa Malaysia

Sejak kebelakangan ini, seruan supaya orang Kristian dari Malaysia (khususnya yang pandai Bahasa) menulis buku-buku dalam Bahasa dan menyentuh topik-topik yang relevan untuk penduduk Malaysia, telah menerima sambutan yang baik. Akan tetapi, buku-buku Kristian dalam Bahasa masih sedikit.
Mengapa?
Kerana walaupun ada ramai yang penulis, hanya ada satu atau dua badan Kristian yang mampu dan berkebolehan untuk mencetak buku-buku ini.
Jika anda sudah menulis sesuatu dan mahu tulisan anda dicetak atau anda mahu terlibat dalam usaha penerbitan buku-buku Kristian Bahasa Malaysia (layout, cover design, page making dsbnya), silalah hubungi saya (peterderun@gmail.com) kerana masanya sudah sampai, bukan hanya untuk menulis buku-buku Kristian dalam Bahasa Malaysia, tetapi juga untuk mencetak buku-buku ini dengan banyak dan mengedarkan kepada semua yang sedia membaca karangan hamba-hamba Allah.

Tiada ulasan: