Isnin, 25 Jun 2012

Diheret Allah


(Yohanes 6:44) Tidak ada seorang pun yang dapat datang kepada-Ku, jikalau ia tidak ditarik/dipimpin/didorong  oleh Bapa.
(Yohanes 6:45) “Dan mereka semua akan diajar oleh Allah” (Yesaya 54:13). Dan setiap orang, yang mendengar dan menerima pengajaran/belajar dari Bapa, akan datang kepada-Ku.

Dari dua ayat ini, adalah jelas bahawa semua usaha manusia untuk menarik seseorang kepada Yesus tidak akan berjaya kalau Allah bapa tidak secara langsung terlibat dalam proses pembawaan orang bukan-Kristian kepada Yesus.
Orang tidak percaya hanya akan datang kepada Yesus, percaya dan mengaku Dia sebagai Tuhan dan Penyelamat jika Allah Bapa yang menarik dia, mendorong dia dengan pelbagai cara dan memimpin dia satu langkah demi satu langkah ke arah Yesus.
Harus kita ketahui juga bahawa bahasa asal untuk perkataan 'menarik' ialah mengheret (Bahasa Inggeris 'drag') - Tuhan akan bersungguh-sungguh menarik seseorang itu kepada Yesus walaupun ada banyak bantahan dan penolakan dari manusia itu.
Bagaimanakah caranya Allah Bapa menarik orang kafir kepada Yesus? Dia akan mengajar mereka. Allah Bapa akan berkomunikasi kepada manusia sasarannya melalui pengajaran - dari alam sekitar, peristiwa-peristiwa, buku, kata-kata orang atau penyataan peribadi dariNya - sehinggalah manusia itu dapat tangkap apa yang Tuhan mahu ajar kepadanya.
Untuk usaha menarik ini berjaya, manusia kafir itu mesti mendengar ajaran Tuhan - dia mesti sedar dan tangkap apa yang sedang dikatakan Allah - dan sesudah itu dia mesti menerima ajaran itu yang dia sekarang faham.
Mulai hari ini, marilah berdoa supaya Allah Bapa akan mengheret ramai orang kepada Yesus. Berdoa supaya Dia akan aktif mengajar orang kafir dan semua mereka yang belum percaya ini akan mendengar suara Allah Bapa, faham apa yang dikatakanNya dan menerima ajaran Allah itu. Mari berdoa supaya ramai orang bukan-Kristian akan datang kepada Yesus. Amin!

Tiada ulasan: