Khamis, 9 Ogos 2012

Lama tak jumpa

Salam sejahtera dalam nama Yesus yang hebat!
Lama saya tidak melawat blog saya ini dan tulis apa2. Alasannya semua yang biasa2lah - sibuk, lupa dsbnya . . .
Akan tetapi baru2 ini tak dapat masuk juga blog saya ni. kata orang ianya kena 'hack' dan password saya pun tak dapat pakai.
Puji Tuhan, hari ini nampaknya semua halangan telah disingkirkan dan saya dapat menulis kembali.

Selamat berpuasa kepada semua orang Kristian di malaysia yang sedang berpuasa selama 40 hari supaya tanda2 Tahun Jubli akan kelihatan dan dialami di Malaysia khususnya oleh umat Allah mulai September 19 2012.
Dapatkan buku panduan doa puasa anda di sini

Isnin, 25 Jun 2012

Diheret Allah


(Yohanes 6:44) Tidak ada seorang pun yang dapat datang kepada-Ku, jikalau ia tidak ditarik/dipimpin/didorong  oleh Bapa.
(Yohanes 6:45) “Dan mereka semua akan diajar oleh Allah” (Yesaya 54:13). Dan setiap orang, yang mendengar dan menerima pengajaran/belajar dari Bapa, akan datang kepada-Ku.

Dari dua ayat ini, adalah jelas bahawa semua usaha manusia untuk menarik seseorang kepada Yesus tidak akan berjaya kalau Allah bapa tidak secara langsung terlibat dalam proses pembawaan orang bukan-Kristian kepada Yesus.
Orang tidak percaya hanya akan datang kepada Yesus, percaya dan mengaku Dia sebagai Tuhan dan Penyelamat jika Allah Bapa yang menarik dia, mendorong dia dengan pelbagai cara dan memimpin dia satu langkah demi satu langkah ke arah Yesus.
Harus kita ketahui juga bahawa bahasa asal untuk perkataan 'menarik' ialah mengheret (Bahasa Inggeris 'drag') - Tuhan akan bersungguh-sungguh menarik seseorang itu kepada Yesus walaupun ada banyak bantahan dan penolakan dari manusia itu.
Bagaimanakah caranya Allah Bapa menarik orang kafir kepada Yesus? Dia akan mengajar mereka. Allah Bapa akan berkomunikasi kepada manusia sasarannya melalui pengajaran - dari alam sekitar, peristiwa-peristiwa, buku, kata-kata orang atau penyataan peribadi dariNya - sehinggalah manusia itu dapat tangkap apa yang Tuhan mahu ajar kepadanya.
Untuk usaha menarik ini berjaya, manusia kafir itu mesti mendengar ajaran Tuhan - dia mesti sedar dan tangkap apa yang sedang dikatakan Allah - dan sesudah itu dia mesti menerima ajaran itu yang dia sekarang faham.
Mulai hari ini, marilah berdoa supaya Allah Bapa akan mengheret ramai orang kepada Yesus. Berdoa supaya Dia akan aktif mengajar orang kafir dan semua mereka yang belum percaya ini akan mendengar suara Allah Bapa, faham apa yang dikatakanNya dan menerima ajaran Allah itu. Mari berdoa supaya ramai orang bukan-Kristian akan datang kepada Yesus. Amin!

Khamis, 15 Mac 2012

Islam berkembang di Sarawak?


Satu konvensyen untuk penganut-penganut agama Islam (saudara baru) telah berlangsung di Kuching pada bulan ini (Mac) yang dihadiri lebih 200 peserta.

Dalam konvensyen ini sepuluh resolusi telah disyorkan oleh Majlis Islam Sarawak di bawah pimpinan Datu Putit Matzen.

Inilah yang telah diputuskan; yang harus diketahui dan diambil perhatian oleh komuniti Kristian:
  • Pelan strategik untuk pengkhutbah dari kalangan saudara baru – bersedia untuk mendengar di kampung pendakwah Islam berbangsa Lun Bawang menyebarkan dakyah Islam dalam bahasa Lun Bawang, saudara baru bangsa Iban berdakwah dalam bahasa Iban dan sebagainya. Usaha giat sedang dibuat sekarang untuk menterjemah Quran dalam bahasa-bahasa suku kaum di Sarawak.
  • Satu sistem yang lebih baik untuk menangani murtad – ini usaha orang Islam untuk memperketatkan mangga dan rantai yang mengikat saudara baru supaya lebih mustahil untuk keluar Islam (untuk memeluk atau kembali ke agama Kristian).
  • Rumah tumpangan sementara, skim perumahan untuk saudara baru dari kawasan pendalaman dan koperasi untuk saudara baru – usaha-usaha baik ini pasti akan membantu saudara baru dan menggalakkan mereka berterusan dalam iman Islam dan menikmati faedah material/duniawi yang akan mereka dapat.

Yang lebih mencabar dan menggangu saya ialah kenyataan Putit bahawa majoriti yang memeluk Islam di Sarawak adalah disebabkan kerelaan hati dan bukannya perkahwinan semata-mata.

“Kebanyakkan disebabkan kerelaan hati dan mendapat hidayah selepas mendengar penerangan mengenai Islam.

“Apa yang uniknya sekarang, mereka sendiri yang datang ke pejabat dan dengan rela hati memeluk Islam,” kata Putit.

Wah! Orang beratur masuk ke Pejabat Islam dengan rela hati kerana percaya akan keunikan Islam dan bukan lagi kerana pengaruh atau sebab kekasih/perkahwinan!!

Apa sudah jadi? Bagaimana Islam boleh menjadi begitu menarik dan diingini?

Menurut Putit setakat ini ada 42000 saudara baru di Sarawak dan purata 1500 memeluk Islam setiap tahun.

Apakah trend ini berterusan? Apakah benar seperti yang dijangka oleh pakar perangkaan bahawa Kristian akan hilang di dunia Sarawak dalam masa 50 tahun yang akan datang?

Sudah sampai masanya keindahan Injil dan kehebatan Yesus dikhabarkan kepada semua di Sarawak – saudara baru pun tidak terkecuali. Semoga Gereja Allah bangkit dan berkuasa di bumi Kenyalang ciptaan Allah yang Esa.

Isnin, 20 Februari 2012

Buku Kristian BM baru untuk anda

Adalah impian dan harapan saya melihat lebih ramai orang kristian dari Sabah dan Sarawak menulis dan menerbitkan buku Kristian dalam Bahasa Malaysia. 

Bayangkan betapa gembira dan terujanya saya apabila saya terserempak dengan sebuah buku Kristian dalam BM yang ditulis oleh orang Kristian dari Kuching, Sarawak! 

Isi kandungan buku ini baik, bahasanya mudah difahami dan harganya pun boleh tahan. Lawatlah laman penulis ini dan belilah bukunya. Sokong buku-buku Kristian tempatan!