Satu konvensyen untuk penganut-penganut
agama Islam (saudara baru) telah berlangsung di Kuching pada bulan ini (Mac)
yang dihadiri lebih 200 peserta.
Dalam konvensyen ini sepuluh resolusi telah
disyorkan oleh Majlis Islam Sarawak di bawah pimpinan Datu Putit Matzen.
Inilah yang telah diputuskan; yang harus
diketahui dan diambil perhatian oleh komuniti Kristian:
- Pelan strategik untuk pengkhutbah dari kalangan saudara baru – bersedia untuk mendengar di kampung pendakwah Islam berbangsa Lun Bawang menyebarkan dakyah Islam dalam bahasa Lun Bawang, saudara baru bangsa Iban berdakwah dalam bahasa Iban dan sebagainya. Usaha giat sedang dibuat sekarang untuk menterjemah Quran dalam bahasa-bahasa suku kaum di Sarawak.
- Satu sistem yang lebih baik untuk menangani murtad – ini usaha orang Islam untuk memperketatkan mangga dan rantai yang mengikat saudara baru supaya lebih mustahil untuk keluar Islam (untuk memeluk atau kembali ke agama Kristian).
- Rumah tumpangan sementara, skim perumahan untuk saudara baru dari kawasan pendalaman dan koperasi untuk saudara baru – usaha-usaha baik ini pasti akan membantu saudara baru dan menggalakkan mereka berterusan dalam iman Islam dan menikmati faedah material/duniawi yang akan mereka dapat.
Yang lebih mencabar dan menggangu saya
ialah kenyataan Putit bahawa majoriti yang memeluk Islam di Sarawak adalah
disebabkan kerelaan hati dan bukannya perkahwinan semata-mata.
“Kebanyakkan disebabkan kerelaan hati dan
mendapat hidayah selepas mendengar penerangan mengenai Islam.
“Apa yang uniknya sekarang, mereka sendiri
yang datang ke pejabat dan dengan rela hati memeluk Islam,” kata Putit.
Wah! Orang beratur masuk ke Pejabat Islam
dengan rela hati kerana percaya akan keunikan Islam dan bukan lagi kerana
pengaruh atau sebab kekasih/perkahwinan!!
Apa sudah jadi? Bagaimana Islam boleh
menjadi begitu menarik dan diingini?
Menurut Putit setakat ini ada 42000 saudara
baru di Sarawak dan purata 1500 memeluk Islam setiap tahun.
Apakah trend ini berterusan? Apakah benar
seperti yang dijangka oleh pakar perangkaan bahawa Kristian akan hilang di
dunia Sarawak dalam masa 50 tahun yang akan datang?
Sudah sampai masanya keindahan Injil dan
kehebatan Yesus dikhabarkan kepada semua di Sarawak – saudara baru pun tidak
terkecuali. Semoga Gereja Allah bangkit dan berkuasa di bumi Kenyalang ciptaan
Allah yang Esa.